Perkongsian 1 : Etika Susunan Barang Dalam Peti

  • by


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pelanggan yang dihormati, sudah semestinya setiap rumah sekarang mempunyai sekurang-kurangnya sebuah peti ais dirumah. Peti ais kini sama seperti gadjet dan peralatan rumah yang lain, yang mana telah dicipta begitu canggih seiring peredaran kemodenan zaman sekarang. Tak perlu kita bincangkan cara penggunaan peti ais kerana rata-rata semua maklum tentang fungsinya tetapi kita bingung bila peti ais tiba-tiba TAK SEJUK. 
Disini saya berikan sedikit panduan tentang cara penggunaan dan sedikit tip pemeriksaan kerana adakalanya kerosakan peti ais adalah akibat dari kelalaian kita sendiri.
Antara kelalaian yang saya maksudkan :
1) Pintu peti ais tidak ditutup rapat untuk jangkamasa yang lama 2) Sumbat barang terlalu padat dibahagian pembeku3) Tidak perasaan bekalan elektrik terputus (biasanya yang guna extension socket)
Untuk masalah yg pertama, saya biasa nasihatkan pelanggan saya untuk cuba off peti selama  1 atau 2 hari dan kemudian hidupkan semula peti ais dan pantau. Jika selepas dihidupkan, masalah sama berulang atau tetap tidak sejuk segera mencari technician untuk pembaikan.
Bagi masalah kedua, hanya perlu menyusun baik barang mentah supaya tidak menutupi laluan angin, sebaiknya barang mentah dimasukkan kedalam bekas sebelum diletakkan di bahagian pembeku.

Image result for gambar peti penuh barang

Ini contoh susunan yang tidak sepatutnya

Image result for gambar peti penuh barang

susunan begini disarankan agar tidak menggangu kitaran angin
Untuk masalah ketiga elakkan penggunaan extension socket. Sebaiknya, peti ais terus disambung ke sumber utama elektik dan tidak berkongsi dengan alatan rumah yang lain terutama alatan yang menggunakan kuasa eletrik yang tinggi seperti periuk nasi atau dapur elektrik         

Image result for 3 way socket elektrik

 elakkan penggunaan socket sebegini untuk peti ais

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *