Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pelanggan yang dihormati, untuk posting kali ini saya akan bincangkan masalah normal yg dialami pengguna peti ais pintu 1. Masalah ini sering berlaku pada pengguna akibat dari ingin membersihkan ais di papan pembeku.
contoh gambar peti ais pintu 1
gambar keadaan bahagian dalam
papan pembeku bocor akibat tercucuk benda tajam
Apa yang perlu dilakukan jika perkara diatas berlaku pada anda :
1) Pastikan anda matikan suis peti dan jangan cuba hidupkan peti ais anda lagi dgn harapan peti akan sejuk semula.
2) Jika anda dapat mengenal pasti dimana kebocoran, cuba sebaik mungkin elakkan ais yang mencair masuk ke lobang yang tercucuk tadi.
3) Jika kebocoran dilantai dan menadah ais yg mencair, anda boleh cuba tampal lobang tadi gunakan pita pelekat untuk mengelakkan air masuk kedalam lobang (jangan sekali cuba tampal gunakan gam yang jenis cecair atau epoxy 2ton)
4) Segera minta pandangan technician yang mahir untuk pembaikan
4 perkara diatas perlu dititik beratkan jika mengalami masalah kebocoran ini kerana jika diabaikan ada kes yang peti ais tidak dapat diselamatkan lagi kerana kos pembaikannya tidak lagi munasabah. Contohnya :
1) Kompresor telah rosak akibat membiarkan peti hidup walaupun mengetahui papan pembeku telah bocor
contoh gambar kompresor (kedudukan dibelakang bawah peti ais)
2) Papan pembeku telah dipenuhi air (peluang untuk baik sangat tipis walaupun laluan gas di dalam papan pembeku dicuci)
contoh gambar papan pembeku
Kebiasaannya apabila papan pembeku ini terbocor, kaedah menampal digunakan untuk pembaikan peti kerana kosnya lebih murah berbanding menukar keseluruhan papan pembeku.
Keadaan lobang yang belum ditampal keadaan selepas ditampal Gam yang digunakan adalah gam khas yang mana ianya akan kekal dan tahan tekanan. Tetapi, pembaikan kebocoran ini bukan sekadar menampal dan isi gas sahaja yang mana ada beberapa langkah lain perlu dilakukan agar pembaikan mendapat hasil yang baik. Jika anda mengalami masalah seperti diatas jangan segan untuk menghubungi kami bagi mendapatkan pandangan mahupun sebut harga untuk pembaikan. Nota : Tiada saranan yang wajar apabila ditanya bagaimana hendak mencairkan ais dengan cepat di bahagian pembeku. Hanya perlu matikan peti ais dan tunggu hingga ais mencair secara keseluruhan. Dilarang sama sekali menggunakan benda tajam atau keras bagi menghancurkan ais di papan pembeku |