Assalamualaikum dan selamat sejahtera pada semua pelanggan kami. Kali ni kite bincang tentang perkataan diatas.
Untuk secara teknikalnya tiada istilah ‘TOPUP GAS’ dalam sistem peti ais. Gas yang telah diisi kedalam sistem pipeline peti seharusnya akan kekal sehingga berlaku kebocoraan pada mana-mana bahagian pipeline td… saya bagi gambaran dibawah agar lebih mudah difahami…
Gas peti hanya akan berada dalam paip yang anda lihat berwarna merah dan kemudian ke paip biru dan akhirnya akan kembali kepada compresor semula. Begitu sahaja lah pergerakan gas tiap masa apabila compresor itu berfungsi. Gas hanya membuat kitaran di dalam paip sahaja. Dan kitaran itu berlaku adalah kerana tekanan yang dihasilkan dari compresor.
‘ Habis !!! camne peti bole sejuk!!!’
Peti anda semua sejuk bukan kerana gas… Peti anda sejuk adalah kerana AIS!!! Nak jadikan ais tu perlukan kitaran lengkap gas didalam piping. Lihat gambarajah…
Lihat di perkataan ‘Evaporator’… biasanye technician akan sebut cooling coil. Dibahagian inilah akan terciptanya ais yang mana kesejukan ais inilah yang disebarkan keseluruh peti dan akhirnya peti kita sejuk. Ais tadi tercipta adalah kerana kitaran lengkap gas yang mengelilingi keseluruhan paip hasil bantuan tekanan dari compresor.
Apa yang nak saya sampaikan disini adalah masalah peti ais bukanlah hanya akibat dari masalah gas… banyak perkara yang patut disemak kerana banyak komponen yang bergantungan untuk mendapatkan kitaran lengkap seperti gambarajah diatas…
BEBERAPA KOMPONEN PENTING DIDALAM PETI AIS YANG BOLEH AKIBATKAN PETI TIDAK SEJUK
Komponen yang utama adalah compresor
Control board
Metal heater
Relay and Overload
Defrost timer
Fan motor
Thermostat
Contoh kebocoran paip
Kebocoran paip dalam takung air
Kebocoran jenis peti pintu 1
Contoh masalah sistem autodefrost
Contoh masalah sistem autodefrost
Getah yang koyak harus diganti
PETI ROSAK!!! HUBUNGI KAMI!!! 018-3111930 SUHAIMI